BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label How could this happen to me.... Show all posts
Showing posts with label How could this happen to me.... Show all posts

Thursday, June 14, 2012

penghargaan... ke?


Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambanya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan laporan ini buat tatapan pensyarah. Terima kasih Tuhan.
Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan ku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan insan sepertiku di dunia ini. Kerana reda kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih ayah, terima kasih emak.
Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi aku saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada aku. Lantas aku menjadi berani mencipta impian dan cita-cita untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini aku belum bisa menikmati hasil mindaku sendiri. Terima kasih Puan Yuslahiza Mat Yusoff dan barisan pensyarah yang lain.
Serumpun kasih buat semua saudara dan sahabat yang bersamaku sepanjang penghasilan laporan ini, walaupun apa yang aku hasilkan tidaklah segah laporan-laporan yang lain. Aku cuma teringin menumpang di pinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan, teguran dan idea bernas kalian. Jutaan terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan buatku. Terima kasih semua.
Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh di sisinya. Amin.
(p/s: aku telah digelakkan sepenuh hati kerana membuat penghargaan seperti ini...korang pernah buat ??) :P fin~

Friday, August 13, 2010

Kuch kuch hota hai

assalamualaikum...

uhuk2.. saya demam.. agar saya dapat rasa betapa bestnya hidup bila kita sihat...

Adik saya bergaduh dengan kawannya... kerana tak mau dia rasa tertekan,saya secara tak sengaja masuk hidup dia... (saya seorang kakak yang sangat protective)...

saya bercakap dengan kawan baik dia... alhamdulillah... dia seperti saya.. kawan dia ok...
kawannya mengingatkan saya pada farisha... tapi kawan yang dia bergaduh tu.... ingatkan saya balik pada.... E. saya berpisah dengan E di tingkatan 5... saya tidak tahu motif dia berkelakuan begitu. sama seperti adik saya saat ini...

Dalam bloodline keluarga kitowang mang camtu ke?? balik nanti tanya mak.. hehe.. Ok,sambung balik... setelah mendengar hujah dari kedua2 belah pihak.. saya beranggapan mereka berdua sudah tidak serasi lagi.. saya menasihatkan agar kedua2 pihak membuat pilihan mereka sendiri sama ada masih mahu terus bersama atau tidak. Sekiranya tidak,teruskna hidup masing2.. berasingan.. Settle... Adik aku menerima dengan redha.. Kawan dia??? Terpulang... Aku bukan kakak kau! Eh,silap pulak.. saya bukan kakak kamu.. hehe. Bulan ramadhan kan??

Suhu masih tinggi... aku menjerit dalam hati macam Clark Kent menjerit bila kena serang dengan batu kryptonite.. ya,begitu... tak logik?? ok,terpulang... Kau eh.. Kamu pegi baca blog orang lain!!! Sibuk je.. Eh,tak boleh marah... Astaghfirullahalazim... Ish2...

Um,saya dah buntu pulak.. idea habis tetibe... Nantila bila saya dah ingat saya sambung pulak blog baru...

assalamualaikum... (=^_____________^=)

Tuesday, June 8, 2010

SAMAN

hari ini seperti biasa ayahanda yang setia akan bawak ke mana saja yang aku nak.. Orang2 yang tak mengerti akan kata "oh... anak ayah rupanya..." aku hanya balas dengan senyuman.. mereka tidak mengerti.. aku tiada pilihan... Sebagai seorang pelajar yang pernah mempelajari mikroekonomi, aku terpaksa kira semua kos lepas yang akan terpaksa aku lepaskan kalau aku mengambil sesuatu inisiatif.

tambang bas : RM2.00 (pergi sahaja & seorang)
naik motor dengan ayah: RM3.00 (dua hari pergi balik & 2 orang)

see... aku terpaksa buat macam ni... bak kata orang,kita secara tidak langsung terdidik dengan apa yang kita pelajari... ok.bukan ni yang aku nak cerita..

hari ini,terdapat pameran yang diadakan di ruang legar MARA jalan raja laut. So,aku nak tau dengan lebih lanjut bachelor yang "bakal" aku ambik di UNIKL(agak berminat...). So,ayah rempit aku pergi ke situ. (waktu rehat 1 jam dari pukul 1ptg hingga 2ptg)..

Alhamdulillah,semua maklumat yang aku nak dah dapat..(terima kasih kakak kaunter unikl..)
bila aku datang kat ayah aku balik(ayah aku stay kat motor je tak teman aku masuk sebab debar-debar ngan pakcik dbkl yang aktif) seorang remaja bertanya kat ayah aku dengan muka yang cuak...

remaja: saya patut bayar ke pakcik

ayah: alah,ni saman biasa-biasa je... sukati la nak bayar ke tak..

remaja: habis,saya nak buat apa dengan kertas ni??(sambil melayang-layangkan surat saman)

ayah: simpan je lah.. kalau nak bayar bawak.. tak nak bayar simpan.. nak buang pun boleh..

kemudian remaja tersebut berlaju pergi dengan motor LC beliau yang berwarna hitam strike gold.

Kemudian,aku bertanya pada ayah"kenapa ayah cakap camtu kat budak tu??" ayah aku pun jawab,"dah dia tanya ayah kena bayar ke tak saman tu? dah kena saman.. bayar je la!! dia macam tak paham2.. tu pasal ayah jawab macam tu..."

kesimpulan... parking lah motor anda dengan berhemah.. kalau ada pakcik DBKL lalu,duduk atas motor,takda la kena saman... KL la katakan... standard la... (ujar ayah pada aku)

anda rasa??? hahaha..

Monday, March 29, 2010

penghargaan...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambanya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan laporan ini buat tatapan pensyarah. Terima kasih Tuhan.

Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan ku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan insan sepertiku di dunia ini. Kerana reda kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih ayah, terima kasih emak.

Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi aku saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada aku. Lantas aku menjadi berani mencipta impian dan cita-cita untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini aku belum bisa menikmati hasil mindaku sendiri. Terima kasih Puan Yuslahiza Mat Yusoff dan barisan pensyarah yang lain.

Serumpun kasih buat semua saudara dan sahabat yang bersamaku sepanjang penghasilan laporan ini, walaupun apa yang aku hasilkan tidaklah segah laporan-laporan yang lain. Aku cuma teringin menumpang di pinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan, teguran dan idea bernas kalian. Jutaan terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan buatku. Terima kasih semua.

Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh di sisinya. Amin.

(aku telah digelakkan sepenuh hati kerana membuat penghargaan seperti ini... )

Saturday, April 18, 2009

Hijrah itu pengorbanan

Friends... today i would like to announce that i'll move from rumah sewa yang aku duduk sekarang ke rumah baru yang lebih dekat dgn kolej.... ini untuk mengelakkan aku dari bahaya yang akan berlaku kepada gurls yang balik lambat... Walaupun hujung tahun ni aku akan tinggalkan kelantan tapi aku rasa tindakan ni perlu since lah selalu give me excuse tak datang meeting semata-mata cause umah aku jauh... sian dai... dapat su kejam cam aku!!! i'm happy with my life.. bukan bermakna aku takda masalah tapi aku dapat ketepikan semua tu buat masa ni since aku ada dorongan yang kuat dari sisi-sisi aku.. alhamdulillah... by the way,tadi aku g popular and nampak karya ramlee awang murshid"mikhail"... aku baca sinopsis and of course aku tak dapat halang hati aku dari terus jatuh cinta kat buku tu. I WANT THAT BOOK!!!! tapi memandangkan keadaan tak mengizinkan,aku sabar je la dulu... tgok la bila duit aku da masuk nanti.... (ni yang aku takut dengan diri aku kalau da aim satu2 benda nie!) k,got to go. lom habis packing and i still got another paper tomorrow... love myself always... fin

Saturday, March 7, 2009

Mula

Assalamualaikum... first of all... just being me! i hate tell other people my feeling but apa-apa pun.. at the end,im just a human being afterall... So, this is totally my blog alone and tiada kaitan antara hidup dan mati orang lain (boleh ke cakap macam tu??) Nak marah?? Pegi tekan butang pangkah... jaga diri!!!