BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010

Cinta

urm... selamat pagi.. mood aku tak begitu baik hari ni.. tapi aku rasa korang tak perlu tau semua tu.. sebab korang tak tau pun nape mood aku tak baik.. hahaha(gelak tak ikhlas)

tajuk hari ni,CINTA!!! kenapa hari ni aku utarakan topik ni?? sebab aku rasa aku dah terima banyak sekali soalan dan respon yang sama..

orang 1: "Kamu dah ada bf??"
saya : "Belum tiba masa lagi.."
orang 1: "Kamu tak ada?? tipula..."

Iyela,aku tipu la sangat... Aku nak tanya sikit.. Couple tu bercinta ke?? Cinta ke kita kalau kita couple dengan"dia"?? Ok,satu soalan yang agak kerap jugak ditanya adalah"siapa orang yang paling anda cinta dalam dunia ni??" Saya sangat mencintai diri saya.. hahaha.. Pentingkan dirikah aku tatkala menjawab begitu??

Dari sekolah menengah lagi, sejak peristiwa di tingkatan 2.. Aku dan seorang sahabat baik telah mengkaji dengan mendalam apa erti cinta yang sebenarnya bagi remaja.. kajian itu masih berterusan hingga kini... semakin menginjak ke alam dewasa,erti cinta itu semakin meluas.. pelbagai kajian telah dilakukan dan buat masa ni,keputusan yang keluar hanya macam ni..

"Kalau kita rasa sakit mencintai seseorang,bergantung kepada tahap mana sakit tersebut.. sakit nak bunuh diri ke,sakit kena hiris ke atau sakit kerana cemburu buta?? Itu semua bergantung kepad individu tu lah.. Tapi,sepatutnya cinta itu membahagiakan dan membuatkan kita rasa lengkap kerana telah mencintai dia. walaupun dia mungkin tidak membalas rasa cinta kita.. kita tetap rasa bahagia dapat mencintai dia. dia membuatkan kita rasa lengkap dan rasa sempurna.. kita boleh tersenyum hanya kerana mengingati dia.. kita akan berubah menjadi lebih baik dan berjaya hanya kerana ingatan kita kepada dia.. itulah cinta..memberi"

rumit ke?? taklah... macam biasa... lelaki baik utk perempuan baik.. so,jadilah baik.. mcm mana nak jadi baik?? jumpalah mereka yang kita tau dorang memang baik...

kenapa aku merepek hari ni?? sebab aku da--h gila... hormon tak seimbang..
so,tata for now..

Wednesday, February 10, 2010

Wishing Star

Kita selalu nak apa yang ada kat orang.. tapi sebenarnya orang nak apa yang kita ada.... malam semalam aku pergi Greenwood dengan adik sebab dia nak cari kasut..... Then kat kedai tu aku terjumpa seorang kawan lama.. terlampau lama tak jumpa!! kawan aku time sekolah rendah.. dia masih cantik macam dulu.. cuma,dia pregnant... kawan aku tu dah kawin... Daripada cerita dia,membe aku yang lain pun siap dah ada anak lelaki... di usia 21 tahun,dowang sudah menjadi seorang ibu... aku harap dowang bahagia... aku?? masih mengejar cita2... masih banyak yang perlu aku kejar.. kalau dulu,aku pernah cemburu kenapa aku tak jadi kurus macam dowang.. sekarang... aku bersyukur je dengan apa yang ada.. yela,kalau tak mungkin aku takda apa yang aku ada sekarang!!

(cerita kali ini agak kejam.. banyak perkara yang masih aku simpan.. bukan macam selalu.. luahan kali ini tersekat oleh rasa bersalah plus benda yang tak sepatutnya kau luahkan.. terlajak perahu boleh di undur.. terlajak kata badan binasa.. sowie kepada yang berkenaan.. )

Sleeping Beauty???

Tidur merupakan sesuatu perkara yang sangat penting! Baru hari ni aku sedar kepentingannya.. Tipula.. dah 21 tahun hidup tapi baru nak sedar?? Actually,ni kesan akibat kuar malam n tdo lambat... At 4pm muka aku da pucat plus tak bermaya sebab tak cukup tido.. kesannya,office jadi senyam balik macam dulu(and positif sidenya,dowang tak buli aku. hahaha.. kesian kot ingat aku sakit) Hehehe.. Nak bagi aku buat kerja pun macam takut pengsan.. hehehe.. Jahat sungguh niat di hati.. tapi,dapat jugak aku update blog aku ni.. rasa macam dah bertahun kot tak bukak blog ni.. macam2 jadi.. sudah tentu la... setiap hari ada perkara baru berlaku.. walau tak cukup besar untuk aku ingat sampai mati,cukup untuk aku ingat sampai minggu depan.. yela(otak berkapasiti ikan emas bak kata farisha) tak mampu untuk menampung segala2nya dengan lebih lama.... jangan pertikaikan!! aku memang da pelupa.. mungkin da tua.. kena makan banyak kismis ni.... karang cari kat otk dalam perjalanan pulang.. hurm.... setiap kali jari aku bergerak laju meluah isi hati,jantung berdegup kencang umpama jatuh cinta(pernah ke jatuh?? hahaha.. agak je) aku sedar,jarang sekali aku luahkan sesuatu yang benar.. kerana ia umpama mengakui kesilapan sendiri.. iye.. kamu betul... bagus la ngaku kesalahan.. namanya muhasabah.. boleh perbetulkan to be a better person.. tapi,perlu ke bagitau semua org atau dgn kata lain(dalam blog ni) satu dunia??? aku malu..... mesti ada yg senyum.. arfa pemalu?? tipu la... pastu gelak.. hahaha... Tapi ingat sayang,hanya mutu mengenal manikam... so,sampai di sini sahaja buat masa ni... perlu menyambung kewajipan dengan kudrat yang masih tersisa.. debar masih ada... sejuk mula mencengkam tulang.... aku perlu pergi... cukup sampai disini... may u get a beautifull sleep.. tata