BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

penghargaan...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambanya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan laporan ini buat tatapan pensyarah. Terima kasih Tuhan.

Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan ku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan insan sepertiku di dunia ini. Kerana reda kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih ayah, terima kasih emak.

Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi aku saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada aku. Lantas aku menjadi berani mencipta impian dan cita-cita untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini aku belum bisa menikmati hasil mindaku sendiri. Terima kasih Puan Yuslahiza Mat Yusoff dan barisan pensyarah yang lain.

Serumpun kasih buat semua saudara dan sahabat yang bersamaku sepanjang penghasilan laporan ini, walaupun apa yang aku hasilkan tidaklah segah laporan-laporan yang lain. Aku cuma teringin menumpang di pinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan, teguran dan idea bernas kalian. Jutaan terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan buatku. Terima kasih semua.

Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh di sisinya. Amin.

(aku telah digelakkan sepenuh hati kerana membuat penghargaan seperti ini... )

Monday, March 8, 2010

Shitte

Dah lama rasanya tak mencarut!! bila eh kali terakhir aku rasa badan aku panas semacam?? bukan sebab demam tapi sebab menahan rasa marah yang terbuku di dalam hati... aku BENCI!!!!!! Baru aku ingat balik kenapa aku benci mereka.. kenapa aku benci tempat itu.. kenapa aku benci... dah berapa kali eh aku ulang??? huh.... Nabi tak suka umatnya yang mengeluh.. aku??? sebab dalam paksa,derita.. badan menggigil menahan.. sampai bila??? 4 hari lagi aku keluar dari neraka.. ye! neraka.. bukan manja diri.. tidak!! aku cuma berpijak di alam realiti.. sedangkan orang yang ada kat sini pun rasa apa yang aku rasa.. so,aku bukan manja kan??