BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 8, 2010

SAMAN

hari ini seperti biasa ayahanda yang setia akan bawak ke mana saja yang aku nak.. Orang2 yang tak mengerti akan kata "oh... anak ayah rupanya..." aku hanya balas dengan senyuman.. mereka tidak mengerti.. aku tiada pilihan... Sebagai seorang pelajar yang pernah mempelajari mikroekonomi, aku terpaksa kira semua kos lepas yang akan terpaksa aku lepaskan kalau aku mengambil sesuatu inisiatif.

tambang bas : RM2.00 (pergi sahaja & seorang)
naik motor dengan ayah: RM3.00 (dua hari pergi balik & 2 orang)

see... aku terpaksa buat macam ni... bak kata orang,kita secara tidak langsung terdidik dengan apa yang kita pelajari... ok.bukan ni yang aku nak cerita..

hari ini,terdapat pameran yang diadakan di ruang legar MARA jalan raja laut. So,aku nak tau dengan lebih lanjut bachelor yang "bakal" aku ambik di UNIKL(agak berminat...). So,ayah rempit aku pergi ke situ. (waktu rehat 1 jam dari pukul 1ptg hingga 2ptg)..

Alhamdulillah,semua maklumat yang aku nak dah dapat..(terima kasih kakak kaunter unikl..)
bila aku datang kat ayah aku balik(ayah aku stay kat motor je tak teman aku masuk sebab debar-debar ngan pakcik dbkl yang aktif) seorang remaja bertanya kat ayah aku dengan muka yang cuak...

remaja: saya patut bayar ke pakcik

ayah: alah,ni saman biasa-biasa je... sukati la nak bayar ke tak..

remaja: habis,saya nak buat apa dengan kertas ni??(sambil melayang-layangkan surat saman)

ayah: simpan je lah.. kalau nak bayar bawak.. tak nak bayar simpan.. nak buang pun boleh..

kemudian remaja tersebut berlaju pergi dengan motor LC beliau yang berwarna hitam strike gold.

Kemudian,aku bertanya pada ayah"kenapa ayah cakap camtu kat budak tu??" ayah aku pun jawab,"dah dia tanya ayah kena bayar ke tak saman tu? dah kena saman.. bayar je la!! dia macam tak paham2.. tu pasal ayah jawab macam tu..."

kesimpulan... parking lah motor anda dengan berhemah.. kalau ada pakcik DBKL lalu,duduk atas motor,takda la kena saman... KL la katakan... standard la... (ujar ayah pada aku)

anda rasa??? hahaha..

0 comments: