hope u happy with your life! aku nak teruskan misi...
Wednesday, June 23, 2010
HOI!!!
hope u happy with your life! aku nak teruskan misi...
Posted by cinderella besar sikit je at 11:52 PM 0 comments
Tuesday, June 22, 2010
HERO OF THE DAY
Here goes notin... aku berada di emosi yang tak stabil kerana.... aku perlu.... selagi tak... aku akan terus jadi macam ni.... huh... Nabi tak suka umatnya yang suka mengeluh... Ntahla... sejak akhir2 ni banyak lak customer yang dtg pg2 kacau hidup aku tanpa sempat aku tarik nafas.. yay! da sampai tempat kerja!!! Oh,tak boleh buat macam tu eh?? Ok,tak buat..... I need some air babe....
So,kenapa buat tajuk camtu?? Pada hari sabtu malam ahad aku telah pergi ke Masjid Al-Azim untuk menyahut seruan Ustaz Hasrizal yang akan berbahas mengenai Cinta.. Milik siapakah Ia??? Ya teman-teman... sebagai orang yang susah mencari couple apatah lagi pasangan hidup soalan-soalan macam ni kadang-kadang perlu jawapan dari pihak luar.... I GO!!! With a friend of mine for sure... Teman yang sama situasi dan pendapat seperti aku... Since aku kerja pada waktu pagi, tengah hari dah balik umah... Tu sume tak menjamin aku dapat rehat yang cukup... Hello!!! Hujan turun eh tengah hari tu.. Plus mak aku start psiko.. "pergi ke kakak?? pergi ke???" YOu will never know hows my mom acting lately.. Hari tu majuk ngan aku semata-mata aku nak kuar tgok prince of persia time maghrib.... So,agak mencabar.. Kena cakap leklok so tak dilabel anak derhaka..... Back to the story, majlis tu start lambat... 9pm... 7'clock.. aku dah terkedek2 paksa ayahanda aku hantar aku g taman melati.... then,naik lrt sampai masjid jamek.. solat maghrib kat situ... Jujur,aku dah 21tahun duk kl tapi tu first time solat kat situ.... cantikkkkk.... Kalau di jaga.. haha.. Then naik train pergi pandan indah.... Ha,ni la start adventure ktowang... sampai kat situ... kul 8.30mlm.. suasana gelap... aku bertiga dengan membe aku nyer adik... then ktowang nampak ada budak bertiga lain nak pergi masjid tu jugak... Ok,tunggu teksi.... tak sampai2... macam mana ni??? aku nampak ada seorang pakcik pakai kopiah hantar isteri dia yang kerja kat lrt.... "pakcik,macam mana nak pergi taxi stand???" aku senyum sambil member aku buat muka2 cute... "uih,jauh ni dik... kalau jalan kaki lorong gelap tu bahaya... ha,macam ni.. apa kata pakcik hantar sampai jalan raya kat depan sana.. adik boleh ambik teksi kat situ???''
aku pandang kawan aku,kawan aku pandang aku... insyaallah,niat kami baik.. so,Allah mesti tolong.. apa lagi.. aku masuk ngan kawan2 aku... kitowang lupa terus kat budak 3 orang tu.. sian dowang... akhirnya,aku dan member aku sampai kat masjid tu dgn selamatnya....
One more problem, macam mana nak balik??? Program mesti habis kol 12 nye.. kompem!! so,aku ngan member aku kol sume insan yang rasa2nya ada kereta.... macam2 alasan dgr... akhirnya,tngah godek2 phone.. aku nampak nama an...
aku: assalamualaikum. Woi! Ko katne??
an: kat umah r.. pehal??
aku: kau jgn salah paham lak aw. ko ada keta ak??
an: ada.... nape??
aku: mintak tolong?? selamatkan aku??? kul 12??
an: kul 12 aku kuar dari umah...
(perbualan ini telah dipendekkan sebab aku nak balik umah.. dah pukul 5.30 ptg... hehe)
an pun dtg... the end.. tanx an!
Posted by cinderella besar sikit je at 1:58 AM 0 comments
Labels: apala nasib..., situation
Thursday, June 17, 2010
What's the origin of your name?
um... panglima perang zaman dolu-dolu
Posted by cinderella besar sikit je at 7:49 PM 0 comments
If you could change your name, what would you change it to?
nama aku dah cukup unik apa...
Posted by cinderella besar sikit je at 7:48 PM 0 comments
Sunday, June 13, 2010
TOT- Training of Trainers
AMARAN! CERITA INI SANGAT MEMBOSANKAN DAN GILA VA VI PANJANG.. KALAU TAK KENAL DINASIHATKAN TAK PAYAH BACA.. TQ
Salam.. (senyum2x)
Program ini berlangsung di Kg Aceh Management Centre,Yan,Kedah pada 11hb dan 12hb June 2010. Program dua hari satu malam ini berlangsung dengan jayanya.. alhamdulillah.... Perkara yang tidak di jangka dan mendebarkan hati aku dan farisha ini dapat di harungi dengan tabah oleh kami.. (ceh ceh... senyum lagi)
Pada mulanya, aku telah serve hari cuti pada 11hb june(memang nak pergi kem ni). Awal2 lagi pada bulan may tu aku dah cop.. Arfa nak cuti. But then, farisha kata "maybe tak jadi la fah..." Fine,aku cancel cuti.. Bos aku pun pangkah nama aku kat kalendar. Tapi,takdir Allah.. seminggu sebelum berlangsung.. "fah,program ni jadi...""aku tau pesh,aku dah baca kat facebook! Dowang pun siap tanya aku pergi ke tak... macam mana ni??". Dalam dilema... Pergi atau tak? Aku cuba nasib apply cuti hari sabtu tu jugak!(tak sangka dapat terus!!! alhamdulillah)
So,sekarang.. masalah tiket pulak.. farisha kata dia akan beli dekat pudu on monday. But then dia tak dapat pegi beli. Pada hari selasa, aku beli tiket ke kedah untuk 2 orang.. turun dekat Sg Petani... Selesai masalah tiket.. Masalah baru pulak muncul... Departure pada pukul 12.30 malam di Hentian Duta! Aku senyum... Ayah aku tak kisah macam biasa.. tahu aku pandai jaga diri.. Then,mama tak bagi.. Hari rabu,farisha pergi cari tiket keretapi. Aku suruh ayah tukar tiket pergi tu jadi tiket balik.. malangnya,tiket tu tak dapat ditukar.. farisha pulak tak dapat beli tiket.. dah habis sepanjang musim cuti.. for sure.. so,akhirnya mama suruh kawan mama yang drive teksi(perempuan) hantar ke Hentian Duta.. Ok,settle another problem..
See,banyak kan halangan?? Macam tak percaya yang segalanya berjalan dengan lancar.. hahaha
Ok,cerita yang berlaku pada 12.30malam di Hentian Duta...
Setelah kami usai turun daripada teksi tersebut,(makcik teksi tu asyik membebel pasal kehidupan artis je. macam la aku ngan Farisha minat sgt nak dengar!) kami terus menuju ke dewan berkumpul. Aku ternampak seorang abg yang memang terang lagi bersuluh boleh ditanya la segala hal ehwal pasal bas ni. So,aku pun dgn yakin pergi kat abg tu..
Sambil tersenyum,
A: Encik,bas sg petani dah sampai ke?(sambil menunjukkan tiket)
B: Platform berapa? (buat muka ngantuk plus macam mintak penyepak)
A: Mana la saya tau.. Kalau saya tau takda la saya datang sini... (masih senyum sambil ketap2 gigi)
B: Um... Belum sampai lagi(dengan muka yang rasa ringan je kaki aku..)
Aku pun pergi ke arah Farisha sambil masih tersenyum..
F: Marah nampak
A: Abg tu kan penat.. Standard la..
F: Kalau dia tak di bayar gaji aku tak kisah...
A: Mungkin dia dah lama kerja kot... (senyum2 perli..)
F: Arfa,dia ada shif ok! Takkan la lama sangat..
A: Kita kena husnuzon pesh..
F: Huh..
A: Ok,cuba bayangkan apa yang dia tengah putus cinta or tngah gaduh ngan gf dia...
Dalam khayalan...
1.Syg, abg tak pernah berniat nak buat syg macam tu..
2.Ah, abg ni.. selalu macam tu... asyik sibuk je.. Sampai nak mesej pun takda masa!
3.Abg kerja... kan abg dah bagitau sayang..
4.Abg kerja apa??
(Lelaki tersebut manggaru2 kepala sambil terus merenung handphonenya)
5.Err.. abg.. er....
6.Tgok! Gagap! kalau gagap maknanya tipu!
7.Tak.... Abg bukan dengan perempuan lain.. abg kerja..
masa ni aku dgn farisha dah gelak jahat dah.. hahaha.. dah lama tak buat kerja ni! hehehe
Kat sana semua ok.. tak banyak menda yang boleh cerita..
Time balik pun ok.. walaupun sampai kl pukul 4.30pg tapi ada orang jemput and selamat la sampai umah.. hehehe..
Overall,semuanya superb...
Alhamdulillah kerana telah diberi kesempatan sedemikian rupa...
(senyum-senyum...)
(=^o^=)
Posted by cinderella besar sikit je at 7:41 PM 1 comments
Labels: bila aku dapat cuti...
Tuesday, June 8, 2010
SAMAN
hari ini seperti biasa ayahanda yang setia akan bawak ke mana saja yang aku nak.. Orang2 yang tak mengerti akan kata "oh... anak ayah rupanya..." aku hanya balas dengan senyuman.. mereka tidak mengerti.. aku tiada pilihan... Sebagai seorang pelajar yang pernah mempelajari mikroekonomi, aku terpaksa kira semua kos lepas yang akan terpaksa aku lepaskan kalau aku mengambil sesuatu inisiatif.
tambang bas : RM2.00 (pergi sahaja & seorang)
naik motor dengan ayah: RM3.00 (dua hari pergi balik & 2 orang)
see... aku terpaksa buat macam ni... bak kata orang,kita secara tidak langsung terdidik dengan apa yang kita pelajari... ok.bukan ni yang aku nak cerita..
hari ini,terdapat pameran yang diadakan di ruang legar MARA jalan raja laut. So,aku nak tau dengan lebih lanjut bachelor yang "bakal" aku ambik di UNIKL(agak berminat...). So,ayah rempit aku pergi ke situ. (waktu rehat 1 jam dari pukul 1ptg hingga 2ptg)..
Alhamdulillah,semua maklumat yang aku nak dah dapat..(terima kasih kakak kaunter unikl..)
bila aku datang kat ayah aku balik(ayah aku stay kat motor je tak teman aku masuk sebab debar-debar ngan pakcik dbkl yang aktif) seorang remaja bertanya kat ayah aku dengan muka yang cuak...
remaja: saya patut bayar ke pakcik
ayah: alah,ni saman biasa-biasa je... sukati la nak bayar ke tak..
remaja: habis,saya nak buat apa dengan kertas ni??(sambil melayang-layangkan surat saman)
ayah: simpan je lah.. kalau nak bayar bawak.. tak nak bayar simpan.. nak buang pun boleh..
kemudian remaja tersebut berlaju pergi dengan motor LC beliau yang berwarna hitam strike gold.
Kemudian,aku bertanya pada ayah"kenapa ayah cakap camtu kat budak tu??" ayah aku pun jawab,"dah dia tanya ayah kena bayar ke tak saman tu? dah kena saman.. bayar je la!! dia macam tak paham2.. tu pasal ayah jawab macam tu..."
kesimpulan... parking lah motor anda dengan berhemah.. kalau ada pakcik DBKL lalu,duduk atas motor,takda la kena saman... KL la katakan... standard la... (ujar ayah pada aku)
anda rasa??? hahaha..
Posted by cinderella besar sikit je at 11:44 PM 0 comments
Labels: How could this happen to me...
Saturday, June 5, 2010
Do you consider yourself a good dancer?
not at all....
Posted by cinderella besar sikit je at 10:20 AM 0 comments
Are you a morning or night person?
both.. depend on situation
Posted by cinderella besar sikit je at 10:20 AM 0 comments
What do you think about formspring.me so far?
not bad....
Posted by cinderella besar sikit je at 10:20 AM 0 comments
What's the nicest thing someone's ever done for you?
my suprise birthday party on my last semester at kptm kota bharu (tanx guyz! )
Posted by cinderella besar sikit je at 10:20 AM 0 comments
If you could have invented one thing, what would it have been?
mesin masa
Posted by cinderella besar sikit je at 10:19 AM 0 comments
If you could instantly become fluent in another language, which language would you pick?
france
Posted by cinderella besar sikit je at 10:18 AM 0 comments
What's your earliest memory?
baru lepas makan mee hailam
Posted by cinderella besar sikit je at 10:18 AM 0 comments
ko sehat?
ko rase??? tak cukup ke segala jenis komunikasi yang kita share sekarang ni??
Posted by cinderella besar sikit je at 10:17 AM 0 comments
aku windu ko..
aku pun windu kau 'sebanyak bintang di langit??' hahaha
Posted by cinderella besar sikit je at 10:16 AM 0 comments
ko taw x kitowg x jdk g air tejon demi ko..?? bangga x??
wah.... sangat3x bangga... terima kasih kawan2... (air mata jatuh..) hehe
Posted by cinderella besar sikit je at 10:15 AM 0 comments