Sejak akhir-akhir ni aku menghadapi masalah suka pikir bukan-bukan.. antaranya,kalau aku berada di tempat tinggi aku akan pikir macam mana kalau aku tetiba jatuh sendiri? or time aku nak derma darah,macam mana kalau jarum tu patah? or kalau aku tngah rempit ngan ayah aku,macam mana kalau aku tetiba teringin nak lompat dari motor yang sedang bergerak laju?
so,perkara ni kadang-kadang boleh merosakkan hati dan pikiran aku secara (agak teruk la jugak). Farisha akan cakap(kau ni merepek la arfa!) dan aku akan senyum je...
so.paranoid aku yang terbaru adalah,aku memang bercita-cita untuk berhenti dari kerja yang aku tengah kerja sekarang. Bukan saje-saje berhenti! Aku nak ambik ijazah pulak... Tapi,sejak akhir-akhir ni aku tengok manager2 aku plus bos aku asyik dok puji aku je! Um,aku memang dah lama dah jujur ngan bos aku yang aku nak berhenti tapi bukan dalam masa terdekat... so,adakah mereka nak aku rasa satisfaction of my present job so i'll stick at here forever? diorang tengah psiko aku ke???
Friday, May 28, 2010
Paranoid???
Posted by cinderella besar sikit je at 6:23 PM 0 comments
Labels: kerja..kerja..kerja..
Wednesday, May 26, 2010
When was the last time you gave flowers?
masa aku form three.. aku letak bunga kering kat kad ucapan for my teacher..
Posted by cinderella besar sikit je at 10:01 PM 0 comments
What was your worst travel experience?
somewhere yang aku pun tatau nak describe mcm mana
Posted by cinderella besar sikit je at 10:00 PM 0 comments
Sunday, May 23, 2010
tidak mengerti sama sekali..
Lirik Anang – Separuh Jiwaku Pergi :
separuh jiwaku pergi
memang indah semua
tapi berakhir luka
kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku
reff:
benar ku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati hati ini
kau curangi aku
[2x]
kau bilang tak pernah bahagia
selama dengan aku
itu ucap bibirmu
kau dustakan semua
yang kita bina
kau hancurkan semua
repeat reff [2x]
benar ku mencintaimu
* there's some moment in my life yang aku akan rasa nak dengar lagu jiwang2 especially lagu putus cinta.. lagu2 ni akan terasa dekat ngan aku.. dan aku juga dijangkiti penyakit akan nyanyi lagu putus2 ni kalau diajak rakan pergi ke kareoke.. tidak,aku tidak patah hati.. aku pun tak mengerti. perkara terakahir yang aku buat adalah menyanyi di khalayak ramai lagu menghitung hari-kris dayanti pada hari kantin adik aku di SK Gombak Utara.. hahaha(setelah dicabar oleh mak aku.. suara tengah merdu time tu.. nasib baik..) so,sekarang ni aku tengah dijangkiti penyakit mendengar lagu jiwang ini... sampai kalau dengar lagu bara-awie pun rasa best je...
p/s: wahai hati,tetaplah kamu... jangan tidak-tidak...
makin kuat merepek nanti susah... nanti kena penyakit hati lagi payah...
Posted by cinderella besar sikit je at 6:44 PM 0 comments
Labels: sick
Tuesday, May 18, 2010
EXCO Production Report
pada waktu pagi aku dah berdebar-debar. ok,aku tipu. dari hari isnin lagi aku berdebar bila bos aku bagitau hari rabu ada exco meeting. ni first time aku buat report ni. alhamdulillah,hasil daripada catatan gila detail aku daripada bekas pekerja jawatan aku ni aku berjaya mengharungi segala cabaran dalam print out every detail yang berkaitan... and aku berjaya siapkan before 1 o'clock. (bonus,tak payah ikat perut tak makan tngah hari n tak g lunch. ala,bukan kena bayar pun pegi lunch.. free je kat cafe... no wonder aku makin gemuk)..
sangat gembira setelah berjaya menyiapkan segala-galanya. rasa happy sangat. and banyak gelak... mesti later aku menangis... (nape eh sume org cakap camtu??)...
Posted by cinderella besar sikit je at 11:57 PM 0 comments
Labels: sick
Monday, May 17, 2010
HATI
aku bisa senyum kelmarin... dan aku bisa nangis hari ini...
aku bisa melompat kelmarin.. dan aku terduduk hari ini..
orang yang tidak percaya bisa meraung... mengapa tuhan perlaku aku begini rupa..
dan hari ini aku hanya mampu senyum sinis...
"tuhan sangat sayang pada aku"
Posted by cinderella besar sikit je at 7:35 PM 0 comments
Labels: sick
Sunday, May 16, 2010
antara benua
kym baru je hubungi telefon bimbit yang sangat-sangat berjasa... ketika itu aku sedang bertungkus lumus siapkan exco preparation punya report... alhamdulillah... tuhan macam sangat sayang pada aku sejak akhir-akhir ni.. alhamdulillah... terima kasih.. syukur sangat-sangat. walaupun surat tawaran tersebut masih belum tiba tapi aku dah nampak jalan keluar.. cuba korang bayangkan yang aku sedang berada di lorong hitam yang sangat gelap. kiri,kerja. kanan,rumah. sangat tertekan. bukan apa,aku suka ngan keadaan sekarang... ada hikmah di sebalik semua ni namun aku tak boleh tipu diri aku yang aku masih merindui saat diulit buku dan pening kepala kerana mereka. i'm just 21 years old. aku rasa journey aku masih panjang dgn buku2.. ya,ajal maut di tgn tuhan. of coz! tapi still tuntutlah ilmu sampai ke negara china. and aku nak sangat jejakkan kaki ke negara china tersebut.. perjalanan aku masih panjang... harap-harap harapan aku masih tergapai oleh jari dan tak tercantas oleh waktu dan situasi.. amin....
p/s: hope you all will be with me 5 sekawan......
Posted by cinderella besar sikit je at 8:50 PM 0 comments
Labels: situation
Friday, May 14, 2010
Kehidupan sebagai seorang pekerja
Assalamualaikum. Hye!
Masa yang begitu kerap mencalar aku samapi aku dah takda waktu yang statik untuk memanjakan diri. Ya,aku dah kerja.. dah banyak kali aku ulang statement yang sama ni. As sales coordinator kat dynasty hotel. Bersama ni aku sertakan gambar semua rakan2 sekerja... To be truth,i'm the youngest.. hehehe.. baru 21thn... Gambar2 ni diambil time last day en hisham, senior sales manager resign sebab better offer..
Posted by cinderella besar sikit je at 9:42 PM 0 comments
Labels: kerja..kerja..kerja..