BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 27, 2010

Jatuh

lagi dan lagi...


Ya!! bagi orang yang jarang jatuh ianya perkara yang sedikit sakit.. ok.. aku tipu. sakit byk... Aku failed ag... dem! Lagi satu markah je lak tu! Hari rabu ni aku amik ag sekali.. kalau failed ag aku try ag skali... kalau kowang kata mende tu senang.. kowang bukan aku...

Wednesday, December 22, 2010

E

Lokasi : Perkarangan Sogo

Keadaan :-

Beep... Beep.. Dua-dua handphone aku berbunyi menandakan ada dua mesej masuk... beep.. Masuk mesej ketiga.. Beep.. Masuk mesej keempat.. dem.. Sejak bila jadi macam artis lak byk mesej masuk?? Hati still panas ag.. baru lepas balik dari bangunan Mara... 'Pinjaman Mara cik tak boleh sambung dah.. Sebab dah tamat tempoh..' Dem lagi.... Terpaksa la aku pinjam Ptptn nmpknya.. huhu.. Dah nasib... Bus U12 muncul... Henset pandang tepi... Lepas da duduk bawah aircond bagi coolkan diri,aku semak mesej pertama...

'Arapah.. cian E(nama dirahsiakan)' oleh Nenek D(membe sebaya.. dia kuat membebel mcm mak nenek)

mesej kedua...
'Wey, E tak jadi smbg.. Ko try r pujok die.. Ple... =(' oleh F

mesej ketiga..
'Xclusive for you! Get RM8 FREE Credit with bla bla bla' oleh Pakcik Celcom

mesej keempat..
'Arfa, E tamo g blaja. Ye kte mslh kewangan. Aq, Nenek D and F sdia mmbantu. Ko tlg pjok ye! X bes gni!' oleh S...

Aku terus bincang ngan E... setelah dsiasat.. aku reply kat S, F ngan nenek D macam nie...

'E xdpt diselamatkan.. Aku dah psiko.. Siyes'

Apa kata?

Tuesday, December 14, 2010

Persoalan

Ketika membuka fesbuk beberapa saat yang lepas.. Seorang kawan ditanyakan soalan tersebut..


"Apakah Anda pernah berharap untuk jadi sahabat Arfakhshadz Binti Omar??"

Beliau menjawab "er.. er.. "

Ketika melihat soalan ini, saya terkesima... Pernahkah saya terfikir bahawa saya akan menjadi sahabatnya hingga saat ini?? kali pertama kami bertemu di tingkatan 2, saya tidak menjangka langsung kami akan bertahan hingga kini... Pada waktu itu dia sekadar seorang murid baru dari SMKA Kuala Selangor. Kebetulan, saya dari SMKA Simpang Lima.. Yang membezakan kami adalah kebanyakan pelajar kelas baru itu adalah rakan sekelas sejak darjah satu saya lagi.. Dia tidak.. Kini, hanya dia yang masih bertahan... Yang lain, mula lepas dalam tidak sedar...

Malam kelmarin, saya bertemu sahabat lama... Dia kelihatan malu mengakui saya sahabat lama beliau... Dalam perjalanan pulang, dia sekadar menghantar satu text ringkas "Salam.. Seriously aku bangga ad gak kwan aku yg join marhaban.. N congrate dpt smbg stdy"... Mungkin saya tersalah tafsir... Tapi saya sedar saat apakah saya harus mengundur diri... Saya harap kamu berjaya ya!!!

Oh, mungkin saya dah melalut terlalu lebar... Takut kawan saya tak baca post ni.. So, till then..

p/s: gedik guna saya, awak, kamu, dia.. beliau.. gedik sangat

Monday, December 13, 2010

Sawah padi, lembu dan Kota Bharu

I'm back....

Aku baru je balik dari menjejaki kembali memori yang pernah tercipta di Kelantan... Tak tahu bila lagi aku akan pergi kat sana... Aku bertolak pukul 10 pagi dari Greenwood g sana... Aku bertolak dengan scaol and ekha.. Scaol dtg kl sebab ada intebiu kat gov tapi last2 tak jadi... Takut keja kat kl kot.. Tape2 last2 kau belaja gak kat kl an.. At least bukan kat utan.. air sentiasa ada etc~ hahaha.. yang tu biar dia cite kat blog dia... Ni cite aku..

Time lalu kat Kok Lanas.. aku teringat time kitowang g pakai baju korporat and sambut Pak Lah yang datang melawat... politik2... memang menyampah tol kitowang rasa diguna2kan time tu.. Then,lalu KB Mall.. Kitowang sgt2 takda masa nak nak pegi KB mall... Masa sgt cemburu la katakan.. dengan budget yang mencekik, kitowang sekadar stay kat Pesona Inn je atas Kian Farmasi sebelah 7E... Dekat, murah and paling penting.. bawah tu ada kedai burger yang kompem best! hehehe... Tak banyak yang berubah... Parkson masih macam tu... Ada kedai Hup Seng sebelah Digi... Kiri kanan buat sale... Guardian pun mengancam.. Yang lain biasa2 je...

Oh, baru aku sedar.. aku da merepek sangat panjang.. Takot scaol tak baca lak nanti.. So, stop kat sini dulu deh??? See ya !!

Thursday, December 9, 2010

rumit

howdy...


there's a lot in my mind at this moment till i ave no idea to express it.. maybe other time darling... just wanna rite something..

'no need to hide'

love u always, me~

Sunday, December 5, 2010

apa yang terfikir itu ada....


ya, saya sedang sibuk dengan buku baru yang dibeli di pustaka mukmin tadi... berdebar2...

Saturday, December 4, 2010

Bercuti di port dickson

Assalamualaikum... Baru pulang dari bercuti kat Port Dickson... Tangan sakit naik banana boat... Kaki luka2 kena batu karang.. huhuhu

Gambo2 kat sini ihsan dari mr google... Aku tak sempat nak amik hanset.... Musim hujan kat sana.. Tapi takde halangan untuk aku.... Air surut... sakit hati... Tu yang naik banana boat tu... baru rasa nikmat mandi laut.. hahaha





Mungkin kena patah balik ke teluk batik.. Baru rasa nikmat mandi laut yg sebenar... hahaha

Friday, December 3, 2010

Sederhana itu lebih baik....

Olah!!!


Sejak akhir2 ni aku banyak melibatkan diri ngan warna purple... So, hadapi jela ye!!! Ingatkan nak buat kelas bahasa minang dalam entry kali ni but since aku masih tak cukup bahan and still dalam proses interview my nenek... bertahan jap ye... Aku sekarang tengah begegas nak pergi piknik kat PD... wah... laut bagai menyeru2 rasanya.. Memori byk kat situ...

1. Aku ngan arwah atok
2. Aku ngan Abang L
3. Aku ngan A.I

See,byk.. byk sangat... Kalau aku tadah air mata kat situ mesti penuh sebaldi.. hahaha.. (aku tipu)

Malam makin menutup tirai.. aku kena ready nak bangun awal.. Nyte guyz!!

Thursday, December 2, 2010

UNDER MAINTAINANCE

Eh,betul ke ejaan aku nih?? Argh.. lantakla... fikiran aku sedikit kusut... Jangan baca kalau tak sudi...


maaf kasih~

Wednesday, December 1, 2010

TERIMA KASIH SCAOL!!!!

Untuk pengetahuan semua... ni post yang ke-100!!!! yay!! aku pun macam tak percaya dah 100 kali aku menaip kat cni... Lantak la berguna ke.. tak berguna ke... Ada aku peduli?? Yang korang semua sesat kat sini sape suruh?? Hahahaha...


Post kali ini aku dedikasikan khas untuk Scaol... Kenapa??? Sebub dia salah satu punca aku dapat tawaran sambung study pegi UUM... Ya,aku dapat untuk intake disember ni... Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan... Pensyarah aku suruh aku pegi daftar dulu... Tukar kos kat sana je... Aku ikutkan... Kenapa scaol???

1. Dia baik
2. Dia membebel kat aku bila aku lambat hantar borang nak masuk u
3. Guna kereta mak dia bila nak bayo yuran proses kat bank islam
4. Walaupun mulut dia jahat(bg org yg tak kenal dia) tapi hati dia soft gila macam tisu..
(aku boleh buat dia nangis dalam masa 5 minit.. 10 minit paling lama.. siyes..aku dah buat eksperimen.. hahaha)
5. And the best part of it.. aku tau dia baca post aku ni... kalau aku tuju kat fairuz tak janji dia akan baca.. Peyosh sibuk keja kat caltex.. hehehe...

Tanx scaol... (Kau kira spesel r sebub aku jarang buat post pasal owang.. hahaha) Ke,kau nak aku panggil kau S??? Hahaha... Ni kira promote kau r... Ok,ni blog beliau.. http://allboutsaol.blogspot.com/

Ok frenz... aku nak menuai kat farmville... Tanx & care...

p/s: aku still berharap kat uitm