Tuesday, June 19, 2012
Kungfu Panda 2~
I know... its very ooooooooold indeed.. But i would like to share it with you guys..
Which lines from the movie that you like most:
It doesn't matter where you come from, the only matter is what you will be.
Your story might not a very happy story from the start, but that doesn't make who you are.
The most important time is now~
Posted by cinderella besar sikit je at 3:19 AM 0 comments
Labels: hidup..
Monday, June 18, 2012
Sunday, June 17, 2012
Thursday, June 14, 2012
penghargaan... ke?
Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambanya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan laporan ini buat tatapan pensyarah. Terima kasih Tuhan.
Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan ku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan insan sepertiku di dunia ini. Kerana reda kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih ayah, terima kasih emak.
Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi aku saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada aku. Lantas aku menjadi berani mencipta impian dan cita-cita untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini aku belum bisa menikmati hasil mindaku sendiri. Terima kasih Puan Yuslahiza Mat Yusoff dan barisan pensyarah yang lain.
Serumpun kasih buat semua saudara dan sahabat yang bersamaku sepanjang penghasilan laporan ini, walaupun apa yang aku hasilkan tidaklah segah laporan-laporan yang lain. Aku cuma teringin menumpang di pinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan, teguran dan idea bernas kalian. Jutaan terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan buatku. Terima kasih semua.
Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh di sisinya. Amin.
(p/s: aku telah digelakkan sepenuh hati kerana membuat penghargaan seperti ini...korang pernah buat ??) :P fin~
Posted by cinderella besar sikit je at 12:43 PM 2 comments
Labels: How could this happen to me...
Thursday, June 7, 2012
Berperang di musim tengkujuh~
Assalamualaikum...
Terlalu lama masa yang diambil untuk kembali mencoret kata... Bukan mudah menyulam rasa mencoret erti bahagia... Yang pasti, mereka ada.. masa kini~ Perkenalkan!!!
Bella... kuat membebel.. tp bebel yg baik..
Yang ni tapayah perkenalkan.. tak penting.. Tapi dia ada time aku exam.. sape tah nama dia.. payah nak taip~
Syaza.. aka nek or makcik.. dia yang paling tua antara kami.. muka mcm iran.. lak. hahaha.. Mulut mcm puaka tapi hati baik... First time jmp, aku tak suka dia.. alih2 makan bekongsi.. haha..
(tula.. jgn tak suka sgt~)
Yang paling muda... Farah...
Ni susana time kitowang exam... Muka masing2 bukan ceria 100% sebab baru jwb exam.. mcm mana ley seludup anset dlm dewan exam?? Jangan ditanya.. haha.. Aku cuma nak bagitau, aku bahagia... fin~
Posted by cinderella besar sikit je at 9:19 PM 5 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)