assalamualaikum(suara serak2 basah)
Wednesday, March 30, 2011
kifarah dosa
Posted by cinderella besar sikit je at 10:26 PM 0 comments
Labels: Campus life
Tuesday, March 22, 2011
Guten Tag!!!
23rd March 2011
Sibuk sungguh hari ini… Temujanji yang wajib dilakukan setiap minggu dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi. Kemudian kekal di Perpustakaan Sultanah Bahiyah hingga pukul 2 petang. Setelah itu menuju ke Pusat Budaya & Seni untuk kelas MC(tanx to an). Masuk kelas German lambat satu jam.. Hujan.. Terpaksa lari dari Mall ke Dkg 1/5. (Mesti kurus pasni.. haha. Adalah dalam 3km.. yeke?) Nasib bain Nic tak marah.. Marvin senyum je.. Wee~ Sebutan paling susah minggu ini.. “Geschwister”. Maksudnya siblings. Sebab aku masuk lambat so tak berapa paham sangat.. Tapi lecturer kat sini ok… Dowang CARE~. Hehe. Uhhh… Disebabkan assignment Tamadun Islam Tamadun Asia dan seru-seru nama aku, terpaksa berlalu. Andai mampu mencuri waktu, akan kembali lagi.. Oh ya, kata hikmah minggu ini yang menarik perhatian.. “Mencari cahaya lebih baik dari terus mengutuk kegelapan” Hehehe
p/s: Ich Verstehe( I understand) schön(nice)
Posted by cinderella besar sikit je at 6:18 PM 0 comments
Labels: Campus life
Monday, March 21, 2011
repekan
Ah,tidak aku jangka yang akhirnya aku akan memiliki ruang waktu untuk menyelesaikan segalanya.. Ya,aku hanya insan biasa yang sangat sangat selesa dengan rasa malas yang menggenggam jiwa. Huhuhu
PICC, Putrajaya. R bergegas pergi mengikuti jejak langkah A, sahabatnya. R bercadang untuk menumpang kereta kekasih A memandangkan tiada siapa pun yang akan menghantarnya pulang ke rumah pakciknya yang tinggal di Precint 9G, Kawasan 2, blok C. Dalam hati R sudah berkira-kira untuk menyuruh Z,kekasih A sekadar menghantarnya di tepi jalan sahaja kerana bonggol yang sangat tinggi yang telah dicipta oleh pembuat bonggol aka bumper jalan. Dem bonggol.. Ditarahnya semua kereta…. Dah la aku berat… Desis hati R…
Dalam perjalanan pulang, mata R dihala pada pemandangan pada waktu senja di Putrajaya.. Subhanallah.. cantiknya.. Ingatan terpesong pada upacara hari ini…
Bukan mudah menyusun bicara,bukan mudah meluah rasa… hidup tak seindah mimpi sebagaimana impian bukan dicari… Ah,kalut! Bersiponggang aku menyusun ayat…
4hb Nov 2010 (malam)
A hubungi R lagi… Sekadar memaklumkan R yang beliau dah tiba.. Ah,maksud tersirat?? Dia mahu aku menjemput dia… Ah,bagaimana ni?? Hati berbisik.. Pakcik I masih berada di KLIA menghantar Datuk X.. R… terpaku di rumah makciknya…
p/s: lepas ni tatau dpt smbung cite ni ke x
Posted by cinderella besar sikit je at 10:19 PM 0 comments
Labels: situation
Tanggungjawab
22nd January 2011
Telah masuk minggu kedua di Northern University of Malaysia (Universiti Utara Malaysia).. Pokok-pokok sangat kacak.. Bintang-bintang sangat gebu.. Mungkinkah aku akan menyesali??? Insyaallah tidak…
03hb Mac 2011
Dua bulan sudah berlalu.. Tugasan mula berhimpun.. gagap.. Bagai tidak akan surut, bagai tidak akan runtuh… Ah, kalau saja aku tidak mengenang penderitaan dulu.. Anda ada apa yang dunia perlukan! Jadi, mengapa anda sekadar menyimpan segalanya dalam diri anda?? Mengapakah anda perlu bersikap sebegitu penting diri?? Layakkah anda untuk terus mengambil sikap itu?? Tolong ubah???
13 Mac 2011
Baru selesai menatap surat cinta dari subjek entrepreneurship… Sedang menelaah.. satu perkataan muncul AEROANGKASA.. Teringat seorang sahabat. Dia pernah berkongsi.. ‘Dia mahu serta itu…’ Aku paku.. Geleng-geleng sebentar.. Dia senyum… Dia ujar, ‘dalam bidangku ia sesuatu yang agak janggal.. Sedikit aneh.. Tapi aku masih mahu itu sebagai cita-cita keduaku..’ ‘Cita-cita pertama kamu?’ ‘Biarlah rahsia…’ Sekarang, dia menuntut di UITM Shah Alam……. Aku tidak diletakkan disitu.. Dihumban ke US(Ulu Sintok) yang damai lagi tenang… Hujan disini tidak kosong sayang.. Aku bahagia.. Percaya aku?? Cuma rindu semakin pandai menggedik.. Mungkin faktor usia.. haha.. Aku harap, sahabatku itu akan berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.. Lame~ Itu aku.. Hakikat, masih rindu.
19th March 2011
Jujur lagi…. Aku yang dulu ceria bagai menghilang.. Ah, aku masih ada.. Ya,jasadnya masih ada.. Adakah ini erti dewasa? Andai aku mengutarakan soalan ini pada F, pasti dia akan berkat,”That’s normal babe.. Totally. Kau Cuma makin.. matang” Urgh, masih aku ingat dulu.. aku benci perkataan matang ketika di Tingkatan 1. Sejarah ini acapkali cuba aku padam dari buku hidupku. Bahawa aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima.. Ya, minah ganas mcm aku pernah masuk SMKA.. Macam tak percaya kan?? Sosial toksah kata… Sekarang dah kurang sikit la.. hehe… Dah dewasa kan?? Jadi, walupun aku secara paksa cuba padam memori itu namun aku lupa.. Most of my personality that I got at this moment come from that experience.. Andai aku tidak pergi sana, aku tidak mungkin berani menaiki bas sendirian tanpa teman.. Mungkin aku akan menangis teresak-esak di atas katil seminggu sekali kerana tiada kekasih hati. Atau mungkin saja aku menjadi R yang berbeza… R yang kurus tapi sombong dan angkuh.. Senyuman R tidak akan menceriakan hati sesiapa pun yang melihat seperti kini.. R yang sangat berbeza… Jadi, bersyukurlah kamu atas segala kurniaan yang telah kamu terima ya teman-teman.. Oh, dimana kita tadi?? Benci perkataan matang.. Ya.. Dia sekolah tersebut.. sepanjang masa kami diingatkan agar sentiasa menjaga tata tertib pada senior dan tidak dicop ‘kerek’ kerana tidak ‘maced’ (inilah ejaan yg diajar oleh teman kala itu walaupun sepatutnya ‘matured’.. aku budak2.. aku tak tahu.. sila paham dan diam) Jadi, sikap peramah membuatkan aku lebih mesra dengan senior berbanding teman sebaya.. Tidak lupa dimana setiap cerita yang ada heroin mesti ada orang jahat… Perempuan yang tidak aku suka pada waktu itu bernama W… Dia ni bada kecik je… MUlut bising… Kalah bising aku… Suka berlagak comel kat depan senior padahal kat belakang senior tu cakap belakang.. pergh… Gila tebal talam dua muka beliau… Tak tau di mana beliau dan tak terasa nak taip nama penuh beliau di facebook… Untuk pendek cerita, W buat sesuatu pada aku hingga aku membuat tindakan drastic menggagalkan semua subjek paper exam(kecuali Seni.. still A.. hehe) hingga ayah aku percaya aku tak boleh belajar kat situ dan pindah masuk SMK Sg Pusu balik… Yay! Hahaha..
p/s: aku masih tak reveal apa yang W buat kat aku and nape aku benci perkataan matured waktu tu.. Ah, post aku dah panjang ni.. Uhhh~ Lupa nak cerita.. Masuk audition untuk broadcast club… Rasa tak layak pulak………
Posted by cinderella besar sikit je at 9:46 PM 0 comments
Saturday, March 12, 2011
sarang labah-labah
Posted by cinderella besar sikit je at 1:27 AM 0 comments
Labels: Campus life