BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 25, 2011

Bukan orang suci~

Maaf
Sembilan

Assalamualaikum
Seorang teman mngadu nasib,muka buku meluahkan rahsia yang terpendam dalam buku mengenai wujudnya cinta tiga segi. Kawan aku tu baru lagi berbaik balik dengan teman lelakinya... Alih-alih ketika sesi stalker menstalker berlangsung, kantoi lelaki tersebut simpan perempuan lain dan meraka telah *****. Teman aku pun mula tidak lalu makan, menangis ditengah malam, tidur tidak mencukupi serta beberapa sikap-sikap lain yang acapkali terjadi bila cinta didusta. Lalu, apakah yang harus dilakukan oleh teman itu????

*klik untuk besarkan gambar.. Sumber: Abang K

Jadi, disini aku rasa kita kena kembali balik kat statement yang orang sekarang selalu sebut, "Lelaki baik untuk pompuan baik, lelaki suci untuk pompuan suci, eh, lelaki jahat untuk pompuan jahat " Tapi, jangan terus menyerah kalau kita rasa kita jahat. Kan hari esok kena lebih baik dari hari ini?? Lalu, berubahlah kamu selagi masih diberi kesempatan... Selagi waktu masih bersahabat baik... Selagi ia masih ada~

Friday, December 23, 2011

Berkahwin pilihan keluarga~

maaf
lapan

Assalamualaikum
Sihat semua?? Walaupun tekanan exam makin terbelit tapi sempat lagi nak fikir pasal yang tidak-tidak. hahaha... Salah satu cara release stress... Jangan membebel kat saya.. terima kasih. Hari ni nak share cerita macam mana mak ngan ayah saya kahwin. Sebenarnya, mak saya terpaksa kahwin dengan ayah saya atas pilihan keluarga. hahaha.. Terkejut tak??? 

Orang dulu-dulu memang rapat. Mak saya ni kira anak angkat family ayah.. Rumah dekat. time ayah kecik mak selalu datang rumah ayah. Jarak rumah ayah ngan mak sepelaung je. Seberang je sungai kecik terus sampai rumah mak. Ayah tak suka mak sebab arwah atok sebelah ayah suka manjakan mak. Kalau arwah atok beli 2 biji cekodok boom(saiz penumbuk dulu2~), satu biji bagi mak sorang, satu lagi adik beradik ayah share(7 orang). Mak memang jadi anak angkat kesayangan la... nenek belah mak selalu cakap, "jangan selalu sgt pegi umah org... nanti bila besar kena kawin baru tau..". Mak buat ignore je...

Bila mak da 19 tahun, mak jadi cantik...(Time muda-muda mak kurus~) Ramai orang datang meminang. Mak tolak sebab mak dah ada suka orang lain. Ayah tak hensem waktu tu tapi ada banyak girlfriend. Playboy kampung katanya. hahahaha.. Ayah, demi nak menambat hati mak jadi bilal masjid sebab arwah atok belah mak imam kampung. Bila keluarga ayah masuk meminang kali pertama, mak tolak. Ayat ayah, "Kalau aku tak dapat kahwin dengan Jamaliah, aku keluar dari kampung ni." Ayat mak, "Tak nak la kahwin dengan omar..." Tapi tula, jodoh tak kemana... Ayat nenek belah mak, "Dari kecik dorang jaga kau, macam ni kau nak balas?? Kalau tak nak kahwin keluar dari rumah ni!" Malam tu, mak buat istikharah, mak kata orang pertama yang mak jumpa dekat jambatan pagi esok, orang tulah jodoh mak.. (Mak kata sebab orang yang mak suka selalu tunggu mak pagi-pagi time mak pergi kelas menjahit.. haha) Nak dijadikan cerita, yang muncul pagi tu adalah AYAH.. Hahaha.. mak pun terkejut jugak. Nama pun da jodoh..... Yang penting, bahagia je sampai sekarang~
p/s: sweet kan??? Macam drama-drama melayu~ hahaha

Thursday, December 15, 2011

25 ideas about me

maaf
tujuh


Assalamualaikum... 
huhu.. dah lama tak buat tag2 ni... sebab bro Z tagged nama ak terpaksala aku buat... (ceh, padahal mang tengah free.. haha)


Arahan:
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note , with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated"


1. Chocolate addicted!
2. Bercita-cita jadi kurus time nak sanding t.. haha
3. Ada kawan baik... Nama dia "busuk". haha
4. Lebih suka edit daripada hasilkan sesuatu yang baru.
5. Pilih family lebih dari cinta.
6. Tak pernah bagitau orang yang saya suka bahawa saya suka dia~ huuuu... :'(
7. Suka tgok naruto, one piece and latest.. reborn!
8. Tergila-gila warna merah (semua tone~)
9. Mencintai seni... (especially mewarna..)
10. Kagum dengan Faisal Tehrani, Ramlee Awang Murshid dengan Nisah Haron..... (ok... Hlovate boleh join..)
11. Pantang nampak benda bersinar-sinar.. hehe..
12. Boleh habiskan masa dengan pandang pokok berjam-jam tak buat pape...
13. Bercita-cita untuk jelajah dunia... huahuahua
14. Nama penuh ayah yang bagi.... Nama tu nama panglima perang zaman dulu-dulu... garang sgt katanya.. huhu
15. Kuat berangan! Selalu kena marah ngan ustazah time sekolah rendah.. haha
16. Selalu tertido dalam kelas tapi still dengar apa yang lecturer ajar... pergh~
17. kalau nak satu benda nak jugak walau dengan apa cara sekalipun.. (dah kurang sikit perangai ni.. ta bgus untuk jantung.. haha)
18. Mudah berkawan dengan semua orang.
19. benci penipuan jalanan.
20. Sangat suka haiwan dan budak-budak tapi taknak tunjuk kat  orang...
21. Tak suka menangis depan orang.. 
22. Suka tgok cerita movie yang gembira-gembira je... cerita cdey tamo!
23. Tak suka tengok cerita seram... Tak bagus untuk rohani dan jasmani.. (kalis~ hehe)
24. Suka semua jenis bunga... (bunga lalang pun comel~)
25. Nak belajar setinggi yang boleh! lalala.. (walaupun aku tak tinggi mana pun.. hik)


p/s: yay!!! siap pun... pening pike mende ni... harap anda berpuas hati bro... aku hentam je ni..


Ok.. calon2 yang aku tag adalah:
1. bro z
3. saol
4. ayeem ayam
5. azam
6. peti suara
7. farisha
10. keyrana
11. cero
12. shadawentz
17. mr selipar tua
18. Mr K
19. WZ
20. elnur
21. dark half
22. zamil afiq
25.perut bulat




Wednesday, December 7, 2011

Mengadu?


maaf enam

Assalamualaikum

Bila pada anak Adam kau mengadu berkesah, bererti kau adukan Sang Maha Rahim kpd yg x punya belas kasih.

- ini ayat ibnu qayyim al jauziyah. die tegur kezaliman manusia. takdir Allah kita adukan pd makhluk y lemah, y x dpt ubah stitikpn ketetapan even kte mengadu hbs2san, sdgkan kan lebih baik kite mengadu pd Pemilik segala ketetapan & keputusan.

p/s: cuba mengurangkn aduan pd manusia... Lebihkn dia dlm segala2ny.... cuba!