BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 17, 2011

Belated post dahulu kala

~Lupa nak post dulu2.. huhu

Assalamualaikum..

Hidup saya sekarang ni boleh dikatakan penuh.. Badan yang semakin lebar memenuhkan ruang masa yang kian sempit.. Ok, kita mulakan dgn tarikh 31hb Dis 2010... Pagi hari itu saya bangun lewat... Terima kasih pada brokband dan famvill yang buat saya berjaga sampai 3.30pg.. Ya, itu waktu limit saya.. Kalau lebih dari waktu tersebut saya gila... Saya berhasrat utk menghubungi kawan saya Pesh untuk bertanyakan mengenai program yang saya sertai.. '1000 Hati 1 Jiwa' (Lokasi, Masjid Negara) Kononnya berjanji dgn adik Pesh untuk bertemu di LRT Pasar Seni pada jam 2ptg.. Jadi campur tolak jam and make up Saya, Aishah and Aina(adik2) naik bus pukul 11pg... Sampai kl pukul 1 lebih kuang.. (Jarak perjalanan dekat.. 15minit naik moto pecut, 30minit naik keta jalan clear.. naik bus mang dua jam sebab bas tak terus ada bila kita tunggu kan?? ) Ketibaan di Pasar seni aka CM memeranjatkan saya.. Banyaknya perkara dah berubah... (Kagum jap) Baru sedar dah bertahun tak pergi tempat tu... (wat malu nama org kl jep.. huhu) Disebabkan sampai terlalu awal... ronda2 tempat tu jap... byk objek artistik buat saya rasa berdebar2.. rasa nak beli je sume mangkuk2, bekas and key chain yg ada tulis 'Kuala Lumpur'.. hahaha.. rasa mcm pelancong lak.. Oh, lupa nak cakap.. entry ni pjg gila.. bukan apa, nak cover da bape lama ta post.. hehe.. So, Adik pesh iaitu Icha and Abi(a girl) and sepupu beliau, puteri sampai kat lrt pasar seni... Disebabkan saya kuar lambat singgah la surau pasar seni yang duk kat puncak kayangan tuh.. Time ambik wuduk, jam Seiko automatic yg ayah bagi tertinggal.. (Peluh sejuk mercik2 bila sedar tgn rasa ringan.. mati la aku.. jam warisan tuh... ~dlm hati~) Ok, kita lupakan sal jam tu... dari Pasar seni punya lrt ley jalan kaki utk pegi masjid negara... route dia mang agak jauh bagi yang tak biasa jalan kaki.. bagi budak2 moden yang jarang jmp ketapi lama ni dowang sibuk amik gamba sampai tak sedar dah sampai kat tempat buat keputusan dilema.. huhuhu..

Pukul 9 pg camtu, pihak keselamatan program ingatkan ada geng pick pocket kat laluan bawah tanah nak seberang jalan ke masjid negara.. so, pilihan yg ada:-

1. lintas jalan sambil lari2 anak comel
2. lalu jalan pejalan kaki yg hancing, gelap lagi menyeramkan...

Since kat group saya yang paling tua, dowang bagi statement 'kitowang ikut kak arfa je...' Saya pilih pilihan pertama.. bukan apa... Tak sempat belaja silat... Kang naya je nak selamatkn bdk2 ni.. baik lintas jalan.. At least halangan elak keta je.. Kalau polis tangkap kena bayar saman rm600.. Dalam hati dah ready dah nak bagi alasan apa kat pakcik polis kalau kena tahan.. ni cth dialog saya n pakcik polis...

P.Polis: Kenapa awak lintas jalan kat sini?? awak tau tak kenderaan laju..? bahaya!!!(sambil merenung tajam.. bibir ketap2 garang sikit..)
Saya: En Polis, bukan kami suka sgt lari2 lintas kat sini.. kami terpaksa!! Kalau En taknak kami lintas kat sini, apa kata iring kami kat laluan pejalan kaki yang seram tu?? At least rasa konpident sikit nak lalu.. hahaha(senyum comel.. muka ceria..)

fin~

Ha, ok kan skrip saya?? Ok then kami sampai kat masjid negara.. daftar... letak beg.. Eh, lupa nak cakap.. Program ni anjuran Raudhatus Sakinah.. Yang nak dgr sgt2 pasal seminar Anda bijak Jauhi Zina.. Program tu sgt best!!! Dihoskan oleh Wardina Safiyyah.. Best sgt!!!

p/s:dulu jadi peserta.. 2012 punya program nak jadi fasi layak tak??

0 comments: