BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 14, 2010

Persoalan

Ketika membuka fesbuk beberapa saat yang lepas.. Seorang kawan ditanyakan soalan tersebut..


"Apakah Anda pernah berharap untuk jadi sahabat Arfakhshadz Binti Omar??"

Beliau menjawab "er.. er.. "

Ketika melihat soalan ini, saya terkesima... Pernahkah saya terfikir bahawa saya akan menjadi sahabatnya hingga saat ini?? kali pertama kami bertemu di tingkatan 2, saya tidak menjangka langsung kami akan bertahan hingga kini... Pada waktu itu dia sekadar seorang murid baru dari SMKA Kuala Selangor. Kebetulan, saya dari SMKA Simpang Lima.. Yang membezakan kami adalah kebanyakan pelajar kelas baru itu adalah rakan sekelas sejak darjah satu saya lagi.. Dia tidak.. Kini, hanya dia yang masih bertahan... Yang lain, mula lepas dalam tidak sedar...

Malam kelmarin, saya bertemu sahabat lama... Dia kelihatan malu mengakui saya sahabat lama beliau... Dalam perjalanan pulang, dia sekadar menghantar satu text ringkas "Salam.. Seriously aku bangga ad gak kwan aku yg join marhaban.. N congrate dpt smbg stdy"... Mungkin saya tersalah tafsir... Tapi saya sedar saat apakah saya harus mengundur diri... Saya harap kamu berjaya ya!!!

Oh, mungkin saya dah melalut terlalu lebar... Takut kawan saya tak baca post ni.. So, till then..

p/s: gedik guna saya, awak, kamu, dia.. beliau.. gedik sangat

1 comments:

Miss Fadhilah said...

hai arfah...thniah boleh smbung beljar...heheheh
dapt smbung kt mner...
terngt knangan blaja sekelas mase KM113 dlu,hehe =D