Cat in malay dipanggil cat! kalau dalam bi the di translate ke malay dipanggil kucing.. Hari ini aku nak bercerita pasal cat! bukan kucing..... apa yang perlu dilakukan bila kita buat keputusan nak cat rumah??? (mak aku yang decide... aku tak diberi kuasa langsung utk buat keputusan..)
1. Beli cat alas dengan cat kaler yang anda minat... (dalam situasi aku,warna gold.. angah yang beli)
2. Beli berus yang sesuai.. samada roll atau berus lukisan saiz paling beso... (kalau tak anda kena bebel ngan ayah anda walaupun bukan anda yang pegi beli nate tuh!)
3. Dicadangkan agar anda memiliki tangga.. Kos RM133 (termasuk penghantaran RM5 menggunakan lori) (kalau tade ayah anda akan membebel jugak kalahkan mak anda...)
4. Buat perancangan... nak cat bahagian mana dulu... (kalau kita nak cat separuh.. pastikan ayah anda tido... bila bangun dia membebel nape cat separuh je...)
5. Kedudukan harta benda di kawasan nak cat... Atur dengan cermat... nak angkat mana dulu... nak campak luar umah atau sekadar alih ke tengah rumah buat sementara waktu.. (kalau anda puasa anda boleh angkat yang ringan2 je dulu.. ataupun cat bahagian yang boleh dicapai.. tak capai bio... tape,bila ayah anda dah bangun dia akan alihkan barang gemuk tu pastu dia sendiri akan cat tempat yang anda tak cat.. haha)
6. Jangan cat mengikut perasaan.. Cat dengan atur yang sekata... Kalau lepas sahur mak anda dah suruh anda mengecat, teruskan cat.. Jangan jadi anak derhaka.. walaupun mak anda tak tau apa2 pasal cat.. kalau anda pun baru pertama kali pegang berus cat,takpe.. Tabahkan jiwa anda.. Teruskan mengecat dengan yakin...
7. Kandungan cat didalam botol mesti dibahagi dua.. alihkan la ke bekas pape pun.. periuk ke,kuali ke.. janji alih... Jangan lupa baca arahan... Dan kenalpasti tu cat minyak or cat air...
8. Masukkan Thinner atau minyak atau air... bergantung pada jenis cat... pastikan kepekatan cat superb... (eh, ni 9.. argh.. lantak la..) try kuis2 guna jari... kalau dah gebu2 tu dah boleh terus sapu.....
10. Pastikan cat dengan rata... kalau ada permukaan tak rata,gosok guna kertas pasir... Boleh buat 2 atau 3 lapisan cat alas tu...
11. kalau anda dah selesai dengan cat alas, and anda dah berpuashati dengan hasil... boleh berhenti... cat gold tu boleh guna untuk tahun depan..... (especially kalau time tu dah nak berbuka... malam kena g tarawikh ngan tadarus... malam mesti tak sempat nak cat gold.. lagi2 kalau esoknya, rabu anda kena bangun tido pukul 6.30pg nak pegi keja.. huhu.. tak sempat..)
Ok!! Itu sahaja dari saya.... Selamat menge'cat'!!!!!!!!!!
p/s: Lepas dah siap mak aku dah berhenti membebel... Leganya rasa... Ayah aku membebel takpe.. boleh tahan lagi.... huhuhu
Tuesday, August 31, 2010
CAT (in malay)
Posted by cinderella besar sikit je at 5:29 PM
Labels: bagi, bila aku dapat cuti..., Family, kerja..kerja..kerja..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment