BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

penghargaan...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambanya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan laporan ini buat tatapan pensyarah. Terima kasih Tuhan.

Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan ku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan insan sepertiku di dunia ini. Kerana reda kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih ayah, terima kasih emak.

Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi aku saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada aku. Lantas aku menjadi berani mencipta impian dan cita-cita untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini aku belum bisa menikmati hasil mindaku sendiri. Terima kasih Puan Yuslahiza Mat Yusoff dan barisan pensyarah yang lain.

Serumpun kasih buat semua saudara dan sahabat yang bersamaku sepanjang penghasilan laporan ini, walaupun apa yang aku hasilkan tidaklah segah laporan-laporan yang lain. Aku cuma teringin menumpang di pinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan, teguran dan idea bernas kalian. Jutaan terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan buatku. Terima kasih semua.

Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh di sisinya. Amin.

(aku telah digelakkan sepenuh hati kerana membuat penghargaan seperti ini... )

Monday, March 8, 2010

Shitte

Dah lama rasanya tak mencarut!! bila eh kali terakhir aku rasa badan aku panas semacam?? bukan sebab demam tapi sebab menahan rasa marah yang terbuku di dalam hati... aku BENCI!!!!!! Baru aku ingat balik kenapa aku benci mereka.. kenapa aku benci tempat itu.. kenapa aku benci... dah berapa kali eh aku ulang??? huh.... Nabi tak suka umatnya yang mengeluh.. aku??? sebab dalam paksa,derita.. badan menggigil menahan.. sampai bila??? 4 hari lagi aku keluar dari neraka.. ye! neraka.. bukan manja diri.. tidak!! aku cuma berpijak di alam realiti.. sedangkan orang yang ada kat sini pun rasa apa yang aku rasa.. so,aku bukan manja kan??

Wednesday, February 24, 2010

Cinta

urm... selamat pagi.. mood aku tak begitu baik hari ni.. tapi aku rasa korang tak perlu tau semua tu.. sebab korang tak tau pun nape mood aku tak baik.. hahaha(gelak tak ikhlas)

tajuk hari ni,CINTA!!! kenapa hari ni aku utarakan topik ni?? sebab aku rasa aku dah terima banyak sekali soalan dan respon yang sama..

orang 1: "Kamu dah ada bf??"
saya : "Belum tiba masa lagi.."
orang 1: "Kamu tak ada?? tipula..."

Iyela,aku tipu la sangat... Aku nak tanya sikit.. Couple tu bercinta ke?? Cinta ke kita kalau kita couple dengan"dia"?? Ok,satu soalan yang agak kerap jugak ditanya adalah"siapa orang yang paling anda cinta dalam dunia ni??" Saya sangat mencintai diri saya.. hahaha.. Pentingkan dirikah aku tatkala menjawab begitu??

Dari sekolah menengah lagi, sejak peristiwa di tingkatan 2.. Aku dan seorang sahabat baik telah mengkaji dengan mendalam apa erti cinta yang sebenarnya bagi remaja.. kajian itu masih berterusan hingga kini... semakin menginjak ke alam dewasa,erti cinta itu semakin meluas.. pelbagai kajian telah dilakukan dan buat masa ni,keputusan yang keluar hanya macam ni..

"Kalau kita rasa sakit mencintai seseorang,bergantung kepada tahap mana sakit tersebut.. sakit nak bunuh diri ke,sakit kena hiris ke atau sakit kerana cemburu buta?? Itu semua bergantung kepad individu tu lah.. Tapi,sepatutnya cinta itu membahagiakan dan membuatkan kita rasa lengkap kerana telah mencintai dia. walaupun dia mungkin tidak membalas rasa cinta kita.. kita tetap rasa bahagia dapat mencintai dia. dia membuatkan kita rasa lengkap dan rasa sempurna.. kita boleh tersenyum hanya kerana mengingati dia.. kita akan berubah menjadi lebih baik dan berjaya hanya kerana ingatan kita kepada dia.. itulah cinta..memberi"

rumit ke?? taklah... macam biasa... lelaki baik utk perempuan baik.. so,jadilah baik.. mcm mana nak jadi baik?? jumpalah mereka yang kita tau dorang memang baik...

kenapa aku merepek hari ni?? sebab aku da--h gila... hormon tak seimbang..
so,tata for now..

Wednesday, February 10, 2010

Wishing Star

Kita selalu nak apa yang ada kat orang.. tapi sebenarnya orang nak apa yang kita ada.... malam semalam aku pergi Greenwood dengan adik sebab dia nak cari kasut..... Then kat kedai tu aku terjumpa seorang kawan lama.. terlampau lama tak jumpa!! kawan aku time sekolah rendah.. dia masih cantik macam dulu.. cuma,dia pregnant... kawan aku tu dah kawin... Daripada cerita dia,membe aku yang lain pun siap dah ada anak lelaki... di usia 21 tahun,dowang sudah menjadi seorang ibu... aku harap dowang bahagia... aku?? masih mengejar cita2... masih banyak yang perlu aku kejar.. kalau dulu,aku pernah cemburu kenapa aku tak jadi kurus macam dowang.. sekarang... aku bersyukur je dengan apa yang ada.. yela,kalau tak mungkin aku takda apa yang aku ada sekarang!!

(cerita kali ini agak kejam.. banyak perkara yang masih aku simpan.. bukan macam selalu.. luahan kali ini tersekat oleh rasa bersalah plus benda yang tak sepatutnya kau luahkan.. terlajak perahu boleh di undur.. terlajak kata badan binasa.. sowie kepada yang berkenaan.. )

Sleeping Beauty???

Tidur merupakan sesuatu perkara yang sangat penting! Baru hari ni aku sedar kepentingannya.. Tipula.. dah 21 tahun hidup tapi baru nak sedar?? Actually,ni kesan akibat kuar malam n tdo lambat... At 4pm muka aku da pucat plus tak bermaya sebab tak cukup tido.. kesannya,office jadi senyam balik macam dulu(and positif sidenya,dowang tak buli aku. hahaha.. kesian kot ingat aku sakit) Hehehe.. Nak bagi aku buat kerja pun macam takut pengsan.. hehehe.. Jahat sungguh niat di hati.. tapi,dapat jugak aku update blog aku ni.. rasa macam dah bertahun kot tak bukak blog ni.. macam2 jadi.. sudah tentu la... setiap hari ada perkara baru berlaku.. walau tak cukup besar untuk aku ingat sampai mati,cukup untuk aku ingat sampai minggu depan.. yela(otak berkapasiti ikan emas bak kata farisha) tak mampu untuk menampung segala2nya dengan lebih lama.... jangan pertikaikan!! aku memang da pelupa.. mungkin da tua.. kena makan banyak kismis ni.... karang cari kat otk dalam perjalanan pulang.. hurm.... setiap kali jari aku bergerak laju meluah isi hati,jantung berdegup kencang umpama jatuh cinta(pernah ke jatuh?? hahaha.. agak je) aku sedar,jarang sekali aku luahkan sesuatu yang benar.. kerana ia umpama mengakui kesilapan sendiri.. iye.. kamu betul... bagus la ngaku kesalahan.. namanya muhasabah.. boleh perbetulkan to be a better person.. tapi,perlu ke bagitau semua org atau dgn kata lain(dalam blog ni) satu dunia??? aku malu..... mesti ada yg senyum.. arfa pemalu?? tipu la... pastu gelak.. hahaha... Tapi ingat sayang,hanya mutu mengenal manikam... so,sampai di sini sahaja buat masa ni... perlu menyambung kewajipan dengan kudrat yang masih tersisa.. debar masih ada... sejuk mula mencengkam tulang.... aku perlu pergi... cukup sampai disini... may u get a beautifull sleep.. tata

Sunday, December 27, 2009

maaf..

aku terpaksa mungkiri janji.... aku tak dapat berkongsi rasa.... blog yang lepas tu tak dapat disambung... tapi.. ingin aku berkongsi pengalaman bersama abg zairy n farisha pada 9hb disember 2009 di berjaya times square... hehehe.. belum pape dah gelak... kantoi aku mmg gembira gila hari tu.. tapi takley r tunjuk sgt rasa gembira kat dpn bro... takut dia terlebih bangga.. hahaha... that day abg zairy bawak membe dia time skola rendah... aku tak ingat nama dia... tapi dia kelakar.. aku tak dapat berhenti gelak.. bukan dia buat lawak.. it just the way he act mmg tak terjangka!! funny... so,overall.. it was fun.. nasib baik tak pakai baju kurung!!! even blog ni aku post so damn late tapi kenangan yang terpahat sentiasa segar di ingatan.. happy birthday bro..

Monday, December 14, 2009

cinderella gemuk....

aku baru je habis tgok cite another cinderella stowie... hurm,based on my gown kowang mesti da suspek siapa yang aku nak cita ni kan??? hahaha.. yup, thats me... org2 yang sayang aku mesti kata "mana ada gemuk la arfa... cute" yeye, aku tau korang nak jaga hati aku... yang mmg da dasar nak cari gaduh ngan aku pulak kata "hai,ingatkan makan tak ingat dunia lagi..." dasar mulut takda insurans... mmg takda pun.. kalau aku potong rasanya kau yang kena masuk jail.. ish, apa yang aku merepek ni... bukan ni yang aku nak cerita... sebegitu lama masa yang aku ambik untuk luahkan semua ni... 30 nov aku gerak g sg petani... aku follow Kelab Remaja Islah untuk Smart Kem kat sana... seumur hidup first time aku follow.. banyak menda yang aku belaja kat situ.... next blog aku cite k...